Gaya Sair Tjerita Siti Akbari

Pakar Indonesia, G. Koster menulis bahawa Lie Kim Hok, ketika mengarang Sair Siti Akbari, sedikit sebanyak dikekang oleh gaya panji dan syair yang umum ditemui dalam kesusasteraan Melayu ketika itu, dengan berhujahkan keserupaan struktur yang asas serta gaya syair yang bertujuan menyedarkan pembaca akan adat resam dan nilai-nilai setempat.[11] Syair yang panjangnya lebih daripada 1,500 rangkap ini,[12] turut mengikuti arketip seorang wira yang mengusir diri dari sebuah negeri yang adil ke sebuah negeri yang huru-hara; hal demikian dihujahkan oleh Koster sebagai lambang kitaran hukum lisan.[11] Arketip sedemikian turut digunakan dalam karya-karya yang sezaman seperti Syair Siti Zubaidah Perang Cina.[13] Bagaimanapun, Lie memang banyak menjauhi tradisi syair yang kebiasaan.[14]

Cerita ini ditulis dalam bentuk syair yang terdiri daripada dua rangkap catur larik yang terbahagi kepada dua dwilarik, yang mana setiap dwilarik ini terdiri daripada dua baris, dan setiap baris ini terdiri daripada dua separuh baris yang diasingkan dengan jeda. Koster berhujah bahawa kebanyakan baris-baris ini merupakan unit sintatik yang lengkap, baik klausa mahupun ayat.[15] Bagaimanapun, Koster menekankan bahawa bentuk ini lebih bebas daripada karya-karya lain yang seumpamanya, dan oleh itu telah menjadi suatu puisi prosa.[16] Seorang pencerita yang tidak disebut namanya mengisahkan cerita dari sudut pandangan pihak ketiga yang serba tahu;[17] tetapi tidak seperti kebanyakan karya yang sezaman, pencerita itu tidak menyepikan diri sebagai pihak yang tidak terlibat, sebaliknya melibatkan dirinya dan buah fikirannya ke dalam cerita.[18]

Berbeza dengan karya-karya lain yang sezaman dengannya, Sair Tjerita Siti Akbari memperkenalkan unsur saspens. Sebagai contoh, Koster memetik bahawa identiti sebenar saudagar Hindustan sebagai mamanda Sultan negeri itu tidak didedahkan sehinggalah perkembangan cerita boleh menerimanya. Ketika pembaca percaya bahawa Siti Akbari mati dalam beberapa muka surat disifatkan oleh Koster sebagai perpecahan dari tradisi yang paling menarik bagi karya ini. Koster juga menekankan bahawa syair ini bermula dengan,[19] berbeza dengan karya-karya seumpamanya yang bermula dengan Bismillah.[20] Petikan ini lambat-laun ditunjukkan sebagai ramalan yang termakbul:

AsalEjaan yang Disempurnakan

Faedahnja hoedjan ini, Toewankoe sri Baginda
Melainkan bri satoe alamat, atawa soewatoe tanda,
Satoe hal amat adjaib, satoe hal jang tida tida,
Lantaran sang Poetri, nanti mendjadi ada

Faedahnya hujan ini, Tuanku Sri Baginda
Melainkan beri satu alamat, atau suatu tanda
Satu hal amat ajaib, satu hal yang tidak-tidak
Lantaran sang Puteri, nanti menjadi ada.

Koster juga menemui kesan-kesan realisme dalam karya ini, terutamanya realisme idealis yang kuat dipegang di Belanda ketika itu.[14] Beliau berhujah bahawa hukum sebab akibat lebih banyak ditekankan dalam naratif berbanding karya-karya yang sezaman dengannya. Selain itu, beliau berhujah bahawa ini turut dicerminkan dalam watak-watak yang biarpun terdiri daripada raja-raja dan orang alim, namun diberi sifat-sifat penduduk Betawi zaman penjajah. Penggunaan tanda baca, iaitu satu lagi sifat yang jarang ditemui dalam kesusasteraan tempatan ketika itu, mungkin juga bertujuan membolehkan pembacaan yang lebih realistik[21] serta mencerminkan asal-usul karya ini sebagai naskhah yang bertulis, bukan sastera lisan.[16] Tio menyifatkan kesan-kesan karya ini lebih menjurus kepada ucapan daripada lagu.[15]